Masih Adakah Taubat Bagi Dosa Yang Berulang.

seorang sahabatku bertanya kepada yang lain , "nak ke Dia terima saie kalau asyik ulang kesalahan yang sama?" luahnya dengan penuh kesal. lepsatu , datang lagi seorang sahabat membantu , "jangan risau , cuba bukak laman web ni. mungkin membawa khabar gembira dan boleh bantu awak ;) "


nahhhh! ini dia aku singkatkan untuk korang ;) semoga terbuka hati , insyAllah. peringatan diri dan semua ;D


***


Perasaan kesal dan insaf yang ada dalam diri seseorang berkeinginan untuk berubah menandakan masih ada nur iman yang kuat dalam diri mereka. alhamdulillah. semoga kita semua berada di atas jalanNya yang lurus.


Asalnya taubat itu selain rase keinsafan dan kesal , ia juga satu azam untuk kita tidak mengulangi kesalahan itu. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.


tetapi , manusia ini sangat lemah sifatnya.  tidak mustahil kita akan mengulangi kesilapan kita yang lalu setelah bertaubat. tetapi jika kita ikhlas dalam taubat kita yang pertama , insyAllah Allah akan ampunkan. begitu juga dengan taubat yang seterusnya. 


“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


barangkali ini satu berita gembira. Allah itu sangat Pengampun sifatNya. selagi kita insaf dan menyesal dengan dosa yang dilakukan , Allah tetap mengampuninya. ingat , Allah itu Maha Pengampun. tetapi , berhati hati kerana ajal itu datang bila bila masa sahaja. tidak mustahil ajal menjemput setelah kita gagal mengawal diri. mencegah itu lebih baik daripada merawatkan.


Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah. antara cara kita untuk istiqamah dalam setiap amalan , mintalah pertolongan daripada Allah agar kita tetap di atas jalan hidayahNya. Allah tidak pernah menghampakan hamba yang berharap padaNya :) Al Qur'an mengajar kita doa (Ali-Imran:8) , Nabi juga selalu membanyakkan doa , "Wahai yang Membolak balikkan jantung hati , tetapkan aku atas agamaMu"


juga antara lain , hiduplah dalam golongan yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. kita mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:
Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).